Assalammualaikum dan salam sejahtera,
Untuk pengetahuan penduduk/pembeli, pihak JMC telah mengadakan perjumpaan untuk memilih kontraktor2 bagi kerja2 penambahbaikan di Magna Ville pada 27/04/2012, jam 9malam, dan penambah baikannya iaitu :
1)Pagar sepanjang laluan pejalan kaki di "Guardhouse"
2)CCTV & "Access Card"
3)Pagar di laluan masuk "Clubhouse"
4)"Landscaping"
Secara umumnya JMC hanya memilih Projek (1) & (2) sahaja dan "details"akan dipaparkan di "Notice Board" tidak lama lagi.
Untuk pengetahuan, projek (3) ialah penambahbaikan bagi mengelakkan penunggang motor dari terus meletakkan motor mereka sehingga ke dalam "Clubhouse". Namun begitu, JMC memikirkan tanggugjawab bagi manghalang penunggang motor dari terus meletakkan motor di dalam "Clubhouse"adalah di bawah tanggungjawab Securiti. Oleh itu, JMC bersetuju untuk tidak menjalankan projek (3) bagi melihat dan memantau "performance" Syarikat Sekuriti di kawasan "Clubhouse".
Untuk projek (4) pula, JMC menolak semua Tender kerana harga yang tinggi, iaitu di luar kemampuan JMB MV. Oleh itu, JMC bersetuju untuk mengambil pekerja "Landscaping" dan meletakkan mereka di bawah kuasa Pihak Pengurusan (PAMA). Namun, proses ini masih dalam rundingan dan PAMA sedang mencari jalan penyelesaian secepat mungkin.
Diharap segala penjelasan diatas dapat diterima oleh pihak pembeli/penduduk dan segala "details" boleh merujuk kepada Pihak Pengurusan (PAMA Services). Selain daripada itu saya juga berharap pihak pembeli/penduduk dapat datang di perjumpaan2 JMC yang akan datang sebagai "Observer" bagi melihat ketelusan pemilihan kontraktor oleh Pihak JMC/Pihak Pengurusan.
"HIDUP UNTUK KESEJAHTERAAN MAGNAVILLE"
ASRI BIN RAFIE
CHAIRMAN
MAGNA VILLE SELAYANG
KEMUDAHAN/FASILITI DI MAGNA VILLE SELAYANG
Assalammualaikum dan salam sejahtera,
Seperti yang sedia maklum, wang penyelenggaraan/maintenance fees yang dibayar oleh pihak penduduk/owner digunakan untuk menyelenggara semua fasiliti yang terdapat di Magnaville ini. Saya juga ketahui sejak dari dahulu lagi memang terdapat kes2 dimana warga luar/bukan penduduk Magnaville menggunakan fasiliti-fasiliti ini sewenangnya.
Isu-isu yang dibincangkan diatas jelas menunjukkan terdapat kekurangan/loop hole dari pihak Sekuriti yang dilantik kerana tidak menjalankan kerja2 keselamatan seperti yang ditetap kan di dalam SOP. Untuk pengetahuan, saya menerima pelbagai rungutan daripada penduduk mengenai pihak sekuriti dan JMC/PAMA sedang menjalankan pemantauan khusus tentang "Performance" dari pihak sekuriti dengan menghantar "1st warning letter" kepada syarikat tersebut. Seperti yang sedia maklum, setiap tindakan JMC disertakan dengan bukti2 jelas supaya JMC dapat memastikan jika keputusan menamatkan kontrak syarikat berkenaan berjalan dengan lancar tanpa sebarang masalah di kemudian hari (saman dan lain2).
Bagi memastikan kejadian ini dapat dikurangkan, JMC telah mengambil langkah2 penambah baikan di Magna Ville dengan menaik taraf "GuardHouse" iaitu pemasangan "Pedestrian Gate"dan "Access Card" yang akan dilakukan dalam suku kedua dan ketiga tahun 2012 ini (Sila rujuk notis projek penambah baikan di Page Management Office). Melalui projek naik taraf seperti yang dijelaskan, diharap dapat membendung/mengurang kemasukan warga luar/bukan warga Magna Ville sekaligus mengelakkan fasiliti disalahguna oleh orang yang tidak bertanggungjawab.
Saya ingin memohon maaf diatas segala kelemahan yang berlaku dan berharap pihak penduduk dapat bersabar dan kami dari JMC diatas bantuan penuh syarikat Pengurusan yang dilantik sekarang akan memikirkan langkah2 yang terbaik bagi menaik taraf dan menambah baik kawasan Magna Ville ini. Saya juga amat berharap agar pihak penduduk dapat menghantar "Complaint Form" di Pejabat Pengurusan sekaligus membantu JMC/PAMA memantau sekuriti dari semasa ke semasa.
"HIDUP UNTUK KESEJAHTERAAN MAGNAVILLE"
ASRI BIN RAFIE
CHAIRMAN
MAGNA VILLE SELAYANG
KEPENTINGAN "COMPLAINT FORM"
Assalammualaikum dan salam sejahtera,
Saya terpanggil untuk membicarakan kepentingan "Complaint Form" di kawasan kediaman kondo terutamanya di Magna Ville Selayang.
Seperti yang sedia maklum, sejak dari sebelum JMB ditubuhkan, info yang paling cepat diperolehi adalah melalui Facebook(FB) dimana semua berita dan keadaan Magnaville boleh di ketahui. Namun, keadaan semakin berubah, iaitu selepas JMB ditubuhkan dan mengambil kira pengalaman JMC sebelum ini, setiap keputusan yang dibuat haruslah melalui bukti2 yang boleh direkodkan (Complaint Form).
Di dalam "Complaint Form" yang disediakan oleh pihak Pengurusan (PAMA SERVICES), terdapat no. siri yang mana ini adalah penentu kepada "Performance" "Service Providers" (Security, Cleaning, Swimming, Management, etc). Melalui "Complaint Form" inilah memberi JMC MV mempunyai kuasa bagi meneruskan atau menamatkan kontrak "Service Providers". Selain daripada itu, "Complaint Form"ini juga dapat menghalang JMC MV daripada disaman oleh pihak "Service Providers" jika didapati mereka di tamatkan kontrak serta merta atau ditamatkan tanpa bukti yang sahih/direkod. Jika ini berlaku, JMC terpaksa menanggung kos guaman dan akhirnya akan membantutkan projek naiktaraf di Magnaville Selayang ini.
"Complaint Form" ini juga dapat membantu JMC melihat segala yang berlaku dan akan mengambil langkah-langkah yang tertentu bagi membendung masalah daripada berulang. Diharap segala "Complaint Form" yang dibuat mestilah memperoleh "receive stamp" dari pihak Pengurusan, dan menyimpan satu salinan sebagai rekod jika masalah tersebut tidak dapat diselesaikan.
Saya berharap semua penerangan yang diberikan oleh saya jelas dan sokongan dari pihak penduduk amatlah saya hargai. Semoga kita dapat memperoleh kediaman "1st Class Condo" suatu hari nanti.
"HIDUP UNTUK KESEJAHTERAAN MAGNAVILLE"
ASRI BIN RAFIE
CHAIRMAN
MAGNA VILLE SELAYANG
PENANGKAPAN WARGA ASING DI MAGNA VILLE SELAYANG
Assalammualaikum dan salam sejahtera,
Pada 20/4/2012, lebih kurang jam 10malam, Pihak Imigresen telah menjalankan operasi penangkapan terhadap warga asing yang tidak mempunyai dokumen yang sah tinggal di malaysia. Operasi yang berlarutan sehingga jam 12malam itu dianggap berjaya dan pihak imigresen akan sentiasa memantau dari semasa ke semasa.
Kami dari pihak JMC Magna Ville amatlah berterima kasih kepada pihak imigresen dan kerjasama dari Pihak pengurusan (PAMA Services)/JMC/Imigresen/Polis akan beterusan bagi membenteras gejala negatif di sering berlaku di kawasan-kawasan kondo sekarang ini.
Saya juga amat berharap pihak residen dapat membantu JMC MV memberi segala maklumat yang perlu agar kita dapat berada dalam kehidupan yang aman dan harmoni di MagnaVille ini.
"HIDUP UNTUK KESEJAHTERAAN MAGNAVILLE"
ASRI BIN RAFIE
CHAIRMAN
MAGNA VILLE SELAYANG
LIST OF JMC MEMBERS
List of JMC members:
1. Chairman : Asri Rafie
2. Vice Chairman : Zaireen Azwan Razali
3. Deputy Vice Chairman : Steve Loh Yi Ming
4. Treasure : Waheedul Rahman
5. Secretary : Mohd Zulhilmy Wahi
6. Member : Zaidatul Akkmar
7. Member : Haris Basri
8. Member : Azimah
9. Member : Zaiton Wari
10. Member : Pehin Chai
11. Member : Siva
PERLANTIKAN SYARIKAT PENGURUSAN BARU DI MAGNA VILLE SELAYANG
Assalammualaikum dan salam sejahtera,
2 Bulan kebelakangan ini saya menerima pelbagai aduan secara lisan melalui FB mengenai perlantikan PAMA sebagai pengurusan baru di Magna Ville.
Untuk pengetahuan, saya telah lama keluar dari FB kerana ingin menumpukan perhatian dalam kerja2 penyelengaraan dan penambaikan di magnaville ini. Saya ingin meneruskan matlamat saya menjadikan magnaville sebagai "high class condo" di selayang.
Disini saya ingin menerangkan secara jelas dan berharap sebarang pertanyaan anda dijawab. Segala bukti boleh merujuk Pejabat Pengurusan Magna Ville Selayang.
Soalan 1, Kenapa JMC tidak meneruskan kontrak Syarikat Pengurusan sebelum ini?
Ini berdasarkan audit selama 3bulan yg dibuat oleh pihak JMC termasuk aduan2 yg diterima oleh owner/JMC sendiri (Semua bukti blh berjumpa dengan saya/wakil2 JMC/Pihak Pengurusan PAMA).
Soalan 2, Boleh JMC terangkan kronologi/ prosedur pemilihan pengurusan yang baru?
Sila rujuk gambarajah yang diberikan mengenai proses pemilihan syarikat pengurusan. Bukti dan maklumat lanjut blh rujuk dengan saya atau wakil2 jmc yg lain.
Soalan 3, Apakah rumusan JMC terhadap penerangan sebelum ini?
JMC berharap agar segala rungutan haruslah dibuat melalui cara yang betul dan mudah direkodkan iaitu melalui “complaint form” dari Pejabat Pengurusan. JMC juga akui mungkin terdapat kekurangan dari pandangan penduduk dan kami berjanji akan belajar dari kesilapan untuk lebih telus.
JMC berharap pihak penduduk memberi peluang kepada PAMA SERVICES untuk menjalankan kerja mereka dan JMC berjanji akan mengambil tindakan sewajarnya jika didapati mereka tidak boleh mencapai standard yg JMC perlukan.
Untuk pengetahuan, saya tidak pernah menerima apa2 formal "complaint" di Pejabat Pengurusan mengenai perkara2 yang dibincangkan di FB sekarang dan sebelum ini. Oleh itu, saya amatlah berharap segala permasalahan/complaint di dalam FB dapat diberi secara formal kepada pihak kami.
Pada tahun 2012 ini, JMC akan sentiasa lebih tegas dalam menjalankan kerja dan mematuhi segala tatacara yang termaktub di dalam AKTA 663. Sebagai contoh, semua pembeli/owner berhak mengetahui semua perkara dari pihak JMC, dgn mematuhi syarat2 yg ditetapkan JMC , iaitu antaranya tidak mempunyai sebarang rekod yuran penyelengaraan tertangguh, mestilah mempunyai nama di dalam S&P, dan bermastautin di Magna Ville(sila rujuk Pejabat Pengurusan untuk maklumat lanjut)
Dengan ini, saya mewakili JMC ingin meminta maaf jika terdapat sebarang kesilapan dan ketidak telusan dari pihak JMC sebelum ini. JMC juga berjanji akan belajar dari kesilapan dan akan lebih telus untuk masa2 yang akan datang.
Saya harap isu ini berakhir dan sangat mengimpikan kehidupan yang gembira dan aman di Magna Ville ini.
ASRI BIN RAFIE
CHAIRMAN
MAGNA VILLE SELAYANG
No comments:
Post a Comment